Ahad, 4 Oktober 2009

Pengalaman bekerja di Hospital Serdang

Sebenarnya, aku ketika dan saat ini masih bersedih di atas pemberhentian kerja di Hospital Serdang pada 30 September lalu. Mula kerja pada 11 Ogos 2009 . Tdak tahu mengapa aku sedih sangat... Walaupun di tempat kerjaku ramai pekerja India tetapi aku rasa seronok pula seperti rasa menyahut konsep Satu Malaysia. Aku tersangat baik dengan mereka semua... Bulan puasa aku sedekah apa yang termampu pada mereka. Lepas itu, tiba raya aku teringat pada mereka juga sehinggalah sampai di UPM semula aku membawa kuih raya untuk mereka. Aku sudah anggap mereka seperti keluargaku sendiri. Namun, sebenarnya, ada yang lebih menyedihkan yang membuatkan kakiku cukup berat meninggalkan Hospital Serdang itu... Sayang yang bertaut, kasih yang tersemai hanya Allah yang tahu...Apapun, yang penting semua itu pengalaman, pengalaman manis dan duka melaksanakan tugas pasti ada... Sekian dari aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan